Gaya HidupKesihatan

Mitos & Fakta: Hamil Tanpa Dirancang?

Menurut Dr. John Teo bagi pihak Persatuan Perancang Keluarga Sabah, data terbaru yang diterbitkan pada tahun 2008, menunjukkan bahawa 41% daripada kebanyakan kehamilan adalah secara tidak sengaja atau tidak diingin.

Mitos: Kehamilan yang tidak dirancang tidak berlaku dengan kerap
Fakta: Lebih separuh daripada semua kehamilan adalah tidak dirancang.

Mitos: Kehamilan yang tidak dirancang hanya berlaku dikalangan remaja
Fakta: Kadar kehamilan yang tidak dirancang yang paling tinggi adalah dikalangan wanita yang berumur 20-24 tahun (104 bagi setiap 1000 wanita).

Mitos: Kehamilan yang tidak dirancang hanya berlaku di kalangan wanita yang miskin
Fakta: Gejala ini berlaku secara menyeluruh untuk semua peringkat pendapatan

Mitos: Kebanyakan wanita yang mengalami situasi ini akan memilih untuk menggugurkan kehamilan tersebut
Fakta: Walaupun secara tradisinya ia benar, trend ini semakin berubah. Pada tahun 2008, 60% daripada wanita tersebut memilih untuk melahirkan anak mereka.
Mitos: Wanita yang mengalami kehamilan yang tidak dirancang ini tidak menggunakan pil perancang
Fakta: ¼ daripada wanita tersebut menggunakan kontraseptif

Mitos: Kehamilan yang tidak dirancang hanya berlaku di kalangan wanita yang tidak berpendidikan.
Fakta: Ia berlaku kepada semua peringkat pendidikan. Malah 77% daripada mereka adalah pelajar peringkat kolej

Mitos: Kehamilan yang tidak dirancang ini ditakrifkan oleh etnik mereka
Fakta: Ia berlaku hampir sama kepada seluruh kaum; sebagai contoh, pada tahun 2011, wanita hitam yang belum berkahwin dilaporkan 7 dalam 10 mengalami kehamilan tidak dirancang, manakala wanita putih dilaporkan 3/4 daripada semua kehamilan adalah tidak dirancang.

 

 

Sumber: http://tinybluelines.com/myths-unplanned-pregnancy/

http://www.mmgazette.com/oh-dear-im-pregnant-dr-john-teo/

 

Tags
Show More

Related Articles