Antarabangsa

Makhluk Penghisap Darah Bermaharajalela Di China

Haiwan misteri dikatakan telah membunuh lebih daripada 200 ekor ayam dan itik di kampung Pudong.

Blood Sucking Vampire Killer Hunted
Sumber Gambar: dailymail.co.uk

Pemangsa yang tidak dikenali itu telah meninggalkan sedikit petunjuk iaitu jejak kaki yang berselaput dan lubang sebesar bola sepak di pagar dawai, telah menghilangkan diri selama beberapa minggu.

Apa yang menjadikan kes itu amat luar biasa adalah hakikat bahawa makhluk itu tidak muncul untuk memakan daging burung yang ia bunuh tetapi sebaliknya membunuh mereka dengan menghidap darah haiwan-haiwan berkenaan.

mysterious-vampire-creature-kills-chicken-in-china-2
Sumber Gambar: strangesounds.org

Serangan tersebut telah menjadi masalah yang menakutkan dan polis telah memulakan rondaan setiap malam.

Ada yang percaya bahawa beberapa jenis anjing besar mungkin bertanggungjawab dan manakala yang lain telah mencadangkan bahawa makhluk itu mungkin datang dari Taman Haiwan Liar Shanghai berdekatan, pegawai di sana telah mengesahkan bahawa tidak ada haiwan mereka yang dilaporkan hilang.

Misteri tentang binatang atau apa sahaja yang mungkin terus menjadi tanda tanya.

Sumber: unexplained-mysteries.com

Show More

Related Articles