Kesihatan

Anorexia? Bulimia? BED?

Pemakanan yang tidak terurus adalah salah satu penyakit mental yang paling biasa di kalangan wanita muda, tetapi sering diabaikan dan kurang dikaji. Penyakit ini merangkumi tiga keadaan yang berbeza, iaitu:

 

image
Anorexia Nervosa: merupakan satu keadaan yang serius. Seorang individu akan membuat dirinya kebulur dan akibatnya mengalami penurunan berat badan yang berlebihan. Anorexia nervosa dikaitkan dengan pelbagai penyakit fizikal yang boleh mengancam nyawa. Pendek kata, ia perlu dikesan awal dan dirawat segera.

image

Bulimia Nervosa: ciri-ciri bagi keadaan ini adalah apabila seseorang itu makan dengan gelojoh pada masa yang sangat singkat dan akan memaksa makanan itu keluar semula dengan membuat dirinya muntah.

image

Binge Eating Disoder (BED): adalah apabila seorang makan berlebihan dan hilang kawalan serta-merta. Keadaan ini akan disusuli dengan perasaan malu, benci dan jijik terhadap diri sendiri.

Jadi bagaimanakah caranya untuk mengenalpasti sekiranya anda atau orang-orang dikeliling anda sedang “bertempur” dengan penyakit ini? Menurut Dr Sumeet Kaur, seorang pakar psikiatri yang bekerja di Malaysia, terdapat beberapa soalan yang boleh ditanya kepada diri anda sendiri atau mereka yang anda syak, bagi mengetahui jika mereka berpotensi mempunyai penyakit ini.
1. Adakah corak pengambilan makanan anda menguasai hidup anda?
2. Adakah anda rasa hilang kawalan apabila anda makan?
3. Pernahkah anda makan secara rahsia?
4. Adakah anda rasa anda masih gemuk walaupun orang lain sering mengatakan anda terlalu kurus?

 

Baiklah, simptom-simptomnya telah pun kita kenalpasti. Seterusnya, apakah cara untuk merawatnya? Rawatan bagi Anorexia nervosa melibatkan disiplin yang banyak, seorang doktor, pakar pemakanan, dan pakar psikiatri. Langkah yang pertama adalah untuk mengembalikan berat badan ideal pesakit. Setelah pesakit stabil secara fizikal, penggunaan terapi berasaskan keluarga adalah cara yang terbaik. Ia melibatkan ibu bapa pesakit untuk mengawal pemakanan anak mereka tanpa bersikap prejudis, sehingga pesakit dapat berubah secara perlahan-lahan.

Penggunaan Terapi Tingkah Laku Kognitif bagi pesakit Bulimia Nervosa amat berkesan. Ini kerana, kita akan dapat mengenalpasti pemikiran pesakit terhadap makanan sebelum merawat mereka sepenuhnya. Rawatan ini juga boleh digunakan untuk mereka yang BED.

Kesimpulannya, jika ada dikalangan anda atau sesiapa yang anda sayangi mungkin sedang bergelut dengan penyakit ini, dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan yang sepatutnya agar tidak menjurus kepada perkara yang tidak diingini kelak.

 

Sumber: http://www.mmgazette.com/lifting-the-veil-on-eating-disorders-dr-sumeet-kaur/

Show More

Related Articles