Tempatan

Sindiket Diesel Haram Berjaya Ditumpaskan

SIBU: Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini dipercayai telah dapat menumpaskan satu sindiket penjualan diesel bersubsidi haram dengan nilai rampasan RM526,000.

Jurucakap ke-10 Batalion PGA, ASP Juvrinh Adrian Labungan, berkata mereka menyerbu sebuah premis di Kampung Baku, Km 2 Jalan Mukah yang disyaki menyimpan diesel bersubsidi haram itu pada pukul 3 petang Selasa.

Turut ditemui di dalam premis terbabit adalah 20 tangki plastik berisi diesel subsidi. Setiap tangki terkandung 1000 liter daripada komoditi itu, kata Juvrinh.

Mereka menahan seorang lelaki berusia 49 yang dipercayai pemilik premis itu dan dua pemandu lori yang berumur 39 dan 35.

Suspek dan barangan yang dirampas itu diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Mukah.

Sementara itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Selangau pada 9 Mac.

Sumber:http://www.theborneopost.com/2016/03/11/syndicate-crippled-diesel-seized-in-raid/

Show More

Related Articles