Gaya HidupKesihatan

Bahaya Bedak Talkum

Baru-baru ini syarikat terkenal dengan produk mandian bayi  mereka, Johnson & Johnson telah diarahkan untuk membayar US$72 juta kepada sebuah keluarga kerana mengakibatkan kematian seorang wanita yang mengidap kanser ovari disebabkan bedak talkum bayi syarikat tersebut.

Talkum mempunyai komposisi hampir sama dengan asbestos dan boleh didapati pada ‘eyeshadow’, pemerah pipi dan deodoran.

Talkum ini didapati menjadi salah satu punca penyakit kanser ovari dan juga masalah pernafasan.

Di Malaysia, kanser ovari merupakan di antara kanser yang umum dikalangan wanita. Sebanyak 500 pesakit didiagnosis mengidap kanser tersebut setiap tahun.

Komponen utama bedak ini ialah magnesium silicate hydroxide (yang juga dikenali sebagai ‘Talc’). Talc adalah bahan utama yang digunakan di dalam bedak bayi, bedak perubatan, bedak parfum dan juga bedak parfum berjenama.

Talc ialah bahan toksik di mana partikelnya boleh menyebabkan ketumbuhan pada ovari dan paru-paru manusia. Ia juga boleh masuk ke bahagian pembiakan dan melekat di sekitar ovari.

Kajian telah mendapati wanita yang mengidap kanser ovari telah menggunakan bedak talkum pada bahagian sulit mereka lebih kerap berbanding wanita sihat.

Statistik juga menunjukkan beberapa ribu bayi telah sakit dan juga mati akibat terhidu bedak bayi. Oleh itu, mendedahkan bayi kepada bahan karsinogen seperti ini adalah bahaya.

Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras. Jika bayi anda terkena kesan alahan, anda dinasihatkan untuk menggunakan sedikit minyak sapu untuk melegakan kerengsaan pada kulit bayi.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/letters/333640
Tags
Show More

Related Articles