Isu SemasaTempatan

3 Majikan Dan 8 Pekerja Warga Asing Ditahan

TAWAU: Jabatan Imigresen menahan 11 orang termasuk tiga majikan dalam satu operasi di tiga premis, pada malam Rabu.

Ketua Daerah Noraini Rasi berkata mereka yang ditahan adalah dua lelaki warga Indonesia, lima wanita warga Indonesia, seorang warga Filipina dan tiga majikannya.

Beliau berkata, lapan daripada mereka telah ditahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan atau dokumen pengenalan diri, manakala tiga lagi ditahan di bawah Seksyen 55 (b) Akta mengambil pekerja tanpa apa-apa dokumen.

Operasi ini bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada pukul 1 pagi dan premis-premis yang diperiksa adalah Roof Garden Caf L.A Hotel, L.A Hotel dan CK Karaoke.

Sumber: http://www.theborneopost.com/2016/03/11/three-bosses-eight-illegal-workers-detained/#ixzz42YfUCAb7

Show More

Related Articles