Sukan

Tiada Tangan, Tiada Halangan

Ibrahim Hamato merupakan seorang atlet ping pong yang membuktikan tidak ada halangan terlalu besar dalam perjalanan mencapai cita-citanya.

Merupakan anak kelahiran Mesir, Ibrahim merupakan satu nama besar dalam arena ping pong tatkala dia bersaing tanpa kedua-dua lengannya.

Ibrahim terpaksa mengamputasi kedua-dua belah akibat tersangkut pada tren ketika satu insiden mengerikan pada usia 10 tahun.

Kini berusia 41 tahun, Ibrahim sudah menyertai pelbagai jenis kejohanan paralimpik. Lebih lagi, beliau turut menyertai Kejohanan Ping Pong Dunia pada tahun 2014 sekali gus melakar beberapa kejutan bersaing dengan atlet-atlet peringkat dunia.

Dengan hanya menggunakan mulutnya untuk memegang kayu ping pong, Ibrahim tidak gentar berdepan sesiapa pun malah lawannya terpukau dengan cara permainannya.

“Pada usia remaja, sukan yang ditawarkan kepada saya adalah bola sepak dan ping pong. Bola sepak merupakan satu sukan yang masuk akal kerana saya masih memiliki kedua-dua kaki saya tetapi saya juga ambil ping pong kerana ia satu permainan yang mencabar,” kata Ibrahim.

Ibrahim juga mendapat sambutan meriah daripada atlet-atlet cilik ping pong sedunia pada tahun 2014.

“Dia bermain dengan penuh semangat, saya tidak percaya pada masa itu!” kata Ma Long selaku pemain No.1 dunia.

Dengan ini, hayatilah satu kenyataan yang pernah disuarakan Ibrahim,

“The disability is not in arms or legs, the disability is to not persevere in whatever you would like to do.” – Ibrahim Hamato.

Tags
Show More

Related Articles