Sukan

Seluruh England: Harapan Malaysia Berkecai

Siapa sangka pemain No.2 dunia, Datuk Lee Chong Wei akan tewas seawal pusingan pertama Kejohanan Seluruh England?

Chong Wei terkandas di tangan pemain usia 23 tahun dari India, B. Sai Praneeth 22-24, 20-22 secara mengejutkan.

Kekalahan Chong Wei merupakan tamparan hebat manakala atlet-atlet Malaysia lain juga gagal menyinar.

Chong Wei Feng mempamerkan aksi lebih hambar berbanding Chong Wei apatah lagi dia gagal melepasi pusingan kelayakan ketika tewas 10-21, 17-21 kepada prospek Jepun, Kenta Nishimoto.

Manakala pemain perseorangan wanita utama, Tee Jing Yi turut gagal di pusingan pertama biarpun gembira dapat kembali setelah sekian lama terpinggir akibat kecederaan.

Nasib yang sama hadir buat beregu campuran apabila gandingan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas kepada beregu Korea Selatan.

Kini, Malaysia hanya diwakili dua pasangan beregu iaitu veteran Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Persoalannya, apakah kedua-dua beregu harapan negara mampu menyalakan semula semangat negara untuk mencabar?

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker