Kesihatan

Sejak Bila Sifat Obsesif & Kompulsif Menjadi Satu Penyakit?

ocdcycle2

Mungkin anda tidak pernah mendengar tentang satu istilah ini; OCD. Tetapi bagi segilintir daripada kita, istilah itu memainkan peranan yang besar dalam hidup mereka.

Menurut Dr. Amer Siddiq Amer Nordin seorang pensyarah di Jabatan Perubatan Psikologi, OCD atau Obsessions & Compulsions Disorder adalah satu kondisi apabila anda meragui diri anda sendiri – dalam bahasa kita lebih dikenali sebagai “penyakit was-was”.

Obsesi adalah satu pemikiran yang mengganggu dan tidak diingini yang sering mengganggu individu tersebut dan ianya tidak dapat dibuang dan dilupakan begitu sahaja.

Antara simptom-simptom untuk mengenalpasti sekiranya anda sedang mengalaminya adalah anda rasa bimbang, berpeluh, rasa seperti terawang-awang (lightheaded), jantung berdenyut dengan kencang, dan rasa tidak selesa.

Antara pemikiran yang sering menjadi penyumbang utama kepada gangguan mereka ini adalah pemikiran mengenai kebersihan, simetri, fahaman agama, fantasi seksual yang tidak diingini dan juga keselamatan.

Bagi mereka yang mempunyai OCD teruk, mereka tidak akan dapat membiarkan sesuatu perkara yang telah mengganggu mereka itu berlalu dengan begitu sahaja kerana ia akan menyebabkan mereka sukar untuk menumpukan perhatian terhadap kerja mereka.

Kompulsif pula adalah perkara yang biasanya perlu dilakukan atau dibuat untuk membantu dalam membuat keresahan yang disebabkan oleh fikiran obsesif tersebut pergi. Antara sebab mengapa mereka ini perlu melakukan perbuatan-perbuatan tersebut adalah kerana ia akan mengurangkan pemikiran ragu-ragu yang tidak diingini dan akan membawa kepada pengurangan dalam kebimbangan yang dirasai.

Ini juga merupakan salah satu jalan penyelesaian buat mereka kerana bagi mereka dengan melakukan ritual-ritual tersebut ia boleh mengawal OCD mereka.

Kesimpulannya, jika anda mempunyai penyakit ini, ianya tidak bermakna dunia anda akan berakhir, rujuk lah perkara ini kepada dr pakar psikologi bagi memudahkan proses ini.

Sumber: http://www.mmgazette.com/obsessions-compulsions-when-do-they-become-an-illness-dr-amer-siddiq/

Show More

Related Articles