Gaya HidupKesihatan

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ketumbuhan Di Payudara

Untuk pengetahuan anda, tidak semua ketumbuhan yang ada di payudara bersifat kanser. Menurut Dr. Ruhi Fadzlyana, seorang pakar bedah di sebuah hospital di Kuala Lumpur, ketumbuhan tersebut ada banyak sebab atau puncanya. Berikut adalah antaranya:

1. Kanser payudara : ketumbuhan selalunya tidak disertai dengan kesakitan di payudara. Sesetengah pesakit mempunyai perubahan pada kulit seperti kemerahan (erythematous), kulit tegang, atau tertarik kelihatan seperti lesung pipit (dimpling). Benjolan keras yang kekal atau membesar tidak berkaitan dengan putaran haid atau dikalangan wanita menopause.
2. Fibroadenosis : Ini adalah satu ketumbuhan bukan kanser (benign). Benjolan selalunya berbiji-biji, kadangkala beserta dengan sakit dan saiz akan berubah-ubah mengikut kitaran haid.
3. Galactocele (bengkak susu) : Benjolan yang terjadi di kalangan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak.
4. Breast cyst : benjolan yang lembut. Boleh diketemui di kalangan semua umur pesakit.
5. Fibroadenoma : ketumbuhan yang sering berlaku di kalangan wanita berusia kurang dari 30 tahun. Biasanya tidak mendatangkan kesakitan dan pesakit akan merasa seperti biji guli di payudara

Antara cara-cara yang terbaik untuk mengetahui sekiranya anda mempunyai penyakit tersebut adalah dengan mengenalpasti gejala-gejala yang telah atau sedang anda alami, contohnya:

breast_cancer_symptoms2
• Bentuk payudara yang berbeza. Sama ada besar atau kecil sebelah.
• Puting payudara yang terbalik (inversion)
• Perubahan kulit payudara yang baru atau berterusan.
• Bendalir dari puting payudara – warna, kuantiti, kekerapan.
• Ketumbuhan – jangka masa, saiz, kesakitan, lokasi di payudara.
• Kaitan antara ketumbuhan dan kitaran haid.

Anda mungkin tertanya-tanya apakah jenis rawatan yang akan diberikan sekiranya anda mengalami penyakit ini bukan? Menurut Dr Ruhi, rawatan adalah berdasarkan jenis dan tahap penyakit.

Antara rawatan yang akan diberikan adalah pembedahan, sama ada pembedahan pembuangan seluruh payudara beserta pembedahan kelenjar ketiak (mastectomy with axillary lymph node dissection) atau pembuangan ketulan di payudara sahaja (excision biopsy/wide local excision). Rawatan seterusnya setelah pembedahan adalah seperti kemoterapi, radioterapi dan lain-lain.

Pada keseluruhannya, sekiranya anda telah mengenalpasti bahawa anda mempunyai beberapa simptom-simptom di atas, anda hendaklah merujuk hal ini kepada doktor pakar, atau mana-mana hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan dengan anda.

Sumber: http://www.mmgazette.com/ketumbuhan-di-payudara-dr-ruhi-fadzlyana/

Tags
Show More

Related Articles