Teknologi

Pelajar Cari Buku Guna “Hoverboard” di UTeM

Universiti Awam (UA),Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pertama di negara ini memperkenalkan penggunaan ‘hoverboard’ di dalam perpustakaan miliknya.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Mohd Shahrin Sahib berkata, kemudahan itu disediakan bagi memudahkan pergerakan penuntut dan kakitangan universiti itu mencari buku.

“Langkah ini seiring dengan perkembangan gajet generasi muda masa kini, sekali gus menarik minat mereka ke perpustakaan.

“Selain itu kami turut memperkenalkan dua lagi perkhidmatan baru di perpustakaan kami iaitu sistem Bookshelf Navigator dan Sistem Tempahan Bilik Dalam Talian,” katanya ketika melancarkan ketiga-tiga perkhidmatan baru itu di Perpustakaan UTeM Kampus Durian Tunggal, hari ini.

Menurutnya, sistem Bookshelf Navigator menjimatkan masa pengguna mengesan lokasi buku pada rak dengan sistem navigasi 3D turut dilengkapi audio dalam Bahasa Inggeris.

8316salman1.transformed

Sumber : Harian Metro

Show More

Related Articles