Antarabangsa

Lantang Bersuara Tentang Haknya Menggunakan Senapang Akhirnya Ditembak Anak Sendiri

Seorang wanita yang lantang bersuara tentang hak penggunaan senapang telah ditembak oleh anaknya sendiri yang masih berumur 4 tahun.

Jamie Gilt sedang memandu kereta semasa kejadian berlaku manakala anak lelakinya sedang duduk belakang dan tidak menyadari mencapai senapang dan telah menembak ibunya sendiri menggunakan senapang tangan .45. Peluru tersebut telah menembus kerusi dan abdomen Jamie.

Walau bagaimanapun, dia dalam keadaan stabil dan sedang dirawat dalam hospital.

Sehari sebelum Jamie ditembak, dia menulis status di Facebooknya “4-year-old gets jacked up to target shoot the .22” (Kanak-kanak 4 tahun teruja untuk menembak senapang .22).

Jamie juga sering komen tentang bagaimana ianya lebih baik berdepan dengan perompak  menggunakan senapang daripada menelefon polis.

Namun, pihak polis masih belum menyoal siasat Jamie kerana masalah kesihatannya.

Sumber: http://www.independent.co.uk/news/world/americas/gun-rights-activist-shot-by-4-year-old-son-after-claiming-he-was-jacked-up-to-fire-weapons-a6921636.html

Show More

Related Articles