Antarabangsa

Lahir Kembar, Bapa Berlainan

Itu satu situasi yang jarang berlaku tetapi nama saintifiknya ialah ‘Heteropaternal Superfecundatio’.

Di Vietnam, seorang ibu melahirkan dua anak kembar namun didapati genetik adik beradik itu berbeza kerana mereka mempunyai dua bapa yang berlainan.

Sangat aneh tetapi kes ini tidak mustahil menurut laporan media asing.

Ia berlaku ketika telur (ovum) wanita dihamilkan oleh dua lelaki berbeza dalam masa yang agak singkat.

Fenomena ini telah pun disahkan oleh Le Dinh Luong, Presiden Persatuan Genetik Vietnam.

“Terdapat hanya 10 kes ‘Heteropaternal Superfecundatio’ dalam dunia setakat ini. Mungkin ada lebih yang tidak dapat direkodkan sedangkan ia merupakan satu perkara yang sensitif kepada mereka yang terlibat,” kata Dinh Luong.

Sumber: http://www.upi.com/Odd_News/2016/03/09/Vietnamese-twins-conceived-by-different-fathers/5291457549425/?spt=sec&or=on

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.