Antarabangsa

Kemboja Merupakan Tempat Yang Teristimewa Buatku…

Kemboja merupakan tempat yang istimewa buat ku..

Tempat tenangkan fikiran yang teristimewa…Melihat kanak-kanak bermain tanpa gadget, bermain tanpa batasan, kehidupan kampung yang sangat tenteram, kawasan yang hijau, orang kampung yang hidup dalam serba kekurangan namun bahagia. (Timbul iri hati, orang marhaen di Malaysia yang hidup jauh lebih senang dari orang kampung disini hidup dalam keadaan tidak tenteram dan tidak bahagia sebab merasakan masih ada yang tidak cukup dalam kehidupan mereka. Contohnya gadget yang tidak lengkap, gaya hidup yang memerlukan wang yang banyak, terdedah dengan pelbagai masalah sosial, dan lain lain).

Bukanlah kedatangan kali ke-2 atau ke-3 untuk mententeramkan diri namun membawa hajat yang besar iaitu untuk memastikan kanak-kanak disana mendapat pelajaran yang lebih baik demi masa depan mereka dan juga untuk memastikan kehidupan masyarakat disana lebih senang dari segi persekitaran, kesihatan, ekonomi dan pelajaran.

Persekitaran disini merujuk kepada kebersihan persekitaran.

Akhir sekali, anggaplah bantuan yang disumbangkan kepada mereka ini sebagai satu sedekah atau usaha untuk membangunkan sesebuah komuniti yang sangat daif dan hidup dalam serba kekurangan.

-Nazim AnNaim, Pengarah Misi Kemanusiaan Antarabangsa Kemboja 2.0-

12829288_1562101190771253_2730682996931380635_o

Itulah luahan hati Pengarah Misi Kemanusiaan Antarabangsa ke Kemboja yang juga seorang penuntut di Universiti Malaya.

Tahun ini merupakan tahun ke-2 mereka bakal hadir di Kampung Tuoltoteng, Sihanoukville, Cambodia pada 9-15 April 2016.

Jika ada yang ingin menyumbang dengan melakukan aqiqah dan derma ikhlas bagi kenduri aqiqah di perkampungan tersebut boleh lakukannya dengan harga seperti di dalam poster ini:-

12814439_1558814694433236_2062594312994794241_n

Tags
Show More

Related Articles