AntarabangsaHiburan

Zac Efron dan Dwayne Johnson Semakin ‘Sado’

Bintang Hollywood Zac Efron dan Dwayne ‘The Rock’ Johnson berada dalam tahap paling ‘sado’ demi memainkan watak masing-masing dalam filem pembikinan semula Baywatch.

Masihkah anda ingat program Baywatch? Sebuah cerita tentang gaya hidup pasukan penyelamat kelemasan, lebih dikenali sebagai ‘lifeguard’. Ia dibarisi pelakon tekenal seperti David Hasselhoff, Pamela Anderson, Carmen Electra dan Michael Newman.

Kini, francais akan mendapat ‘reboot’ pada tahun 2017. Apa yang pasti, pembinaan badan mantap serta gadis cantik akan menjadi tumpuan sekali lagi.

Selain Zac dan Dwayne, turut menyertai filem Baywatch ialah Alexandra Daddario, Priyanka Chopra dan Kelly Rohrbach. Senarai penuh pelakon belum dimuktamadkan dan akan diadakan tambahan dalam masa terdekat.

Berita lanjut, layari link:  http://www.standard.co.uk/showbiz/celebrity-news/baywatch-movie-zac-efron-and-dwayne-johnson-get-active-as-they-start-shooting-scenes-a3199496.html

Tags
Show More

Related Articles