Gaya HidupKesihatan

Ramai Yang Masih Tidak Tahu Cara Betul Guna Kondom

Memakai kondom mungkin difikir benda remeh dan senang tapi sebuah kajian dari Universiti Indiana telah mendapati kebanyakan lelaki masih salah menggunakan kondom.

Apakah kegunaan kondom?

  1. Untuk merancang keluarga
  2. Mengelak penyakit kelamin
  3. Mengelak jangkitan virus seperti HIV

Kondom diperbuat daripada apa?

  • Ianya diperbuat daripada getah

Kesalahan yang selalu dilakukan semasa memakai kondom

  1. Lambat pakai – 17-51% orang mengaku baru pakai kondom setelah penetrasi berlaku. ini kurang efektif dalam mencegah penyakit kelamin
  2. Telalu cepat cabut – 13-44% orang melaporkan bahawa mereka akan cabut kondom sebelum penetrasi terjadi sepenuhnya
  3. Membuka gulungan sebelum dipakai – 2.1-25% orang mengaku mereka membuka gulungan kondom sebelum memakainya. Ini sebenarnya menyebabkan risiko kondom tersebut koyak atau bocor
  4. Tidak memberi ruang di hujung kondom untuk tempat cairan sperma – kesalahan ini paling banyak dilakukan.
  5. Tidak melepaskan udara pada hujung kondom sebelum memakainya
  6. Terkena objek tajam – 11.2% membuka peket kondom menggunakan benda tajam. Ini akan menyebabkan kondom bocor
  7. Malas periksa – Ketika membuka kondom, 74% lelaki dan 82% wanita mengaku tidak memeriksa keadaan kondom sebelum dipakai. Paling penting ialah memeriksa tarikh luput bungkusan dan lihat sama ada ianya koyak atau bocor.
  8. Tidak menggunakan pelincir  – 16-25% pengguna kondom memakai kondom tanpa menggunakan pelincir. Risikonya ialah kondom mudah koyak. Namun, jangan pula guna pelincir daripada minyak kerana ia lebih memudahkan kondom koyak

Walau apapun, dalam Islam melakukan seks sebelum kahwin dan bukan dengan pasangan yang sah adalah dosa besar.

“…dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Sumber: kompas.com
Tags
Show More

Related Articles