Hiburan

Filem Pembikinan Peminat Darth Maul Menakjubkan

Wow! Sukar untuk dipercayai bahawa filem permulaan watak Darth Maul dari francais Star Wars dihasilkan oleh sekumpulan peminat. Sangat berkualiti!

Darth Maul merupakan watak antagonis utama bagi episod pertama Star Wars: The Phantom Menace. Wajahnya yang erah dan berduri menjadikannya satu watak ikonik dalam dunia Star Wars.

Filem tersebut memakan masa kira-kira 18 minit dan ia menceritakan sedikir mengenai persiapan akhir Darth Maul ketika dia seorang pelatih Senator Palpatine iaitu Darth Sidious.

Apa yang pasti, filem ini penuh aksi terutama sekali ketika Darth Maul berdepan sebanyak 6 Jedi sepanjang filem itu. Ada juga orang yang mengatakan ia lebih menyeronokkan daripada filem sebenar episod satu.

Saksikanlah! Mungkin anda akan mendapat inspirasi untuk menghasilkan filem anda tersendiri:

Tags
Show More

Related Articles