Teknologi

‘Data Scientist’ Pekerjaan Terhangat Di Pasaran

Menurut kajian di Amerika Syarikat, saintis data adalah pilihan karier yang paling diidamkan, pada masa yang sama ia merupakan jawatan yang paling kerap dicari oleh syarikat-syarikat ternama.

Pekerjaan ini bukan sahaja dicari di Amerika tetapi Malaysia juga amat memerlukan khidmat seorang pekerja yang mampu menjalani tugas seorang ‘Data Scientist’ dengan baik.

Apakah tugas seorang saintis data? Secara ringkasnya, setiap syarikat mengumpul data dari pelbagai sumber untuk pelbagai lagi kegunaan. Namun, tugas utama saintis data adalah menilai dan mengkaji data yang telah dikumpul demi menghasilkan satu initiatif baru untuk syarikatnya.

Disebabkan ia satu jawatan yang memerlukan kepakaran yang tidak setanding orang lain, ia juga diiringi gaji yang melepasi jangkaan anda. Pada masa yang sama, syarikat hanya mencari mereka yang benar-benar mempunyai bakat dan boleh memajukan syarikat ke hadapan sahaja.

Secara ringkasnya, kerja anda adalah meramalkan dunia pada masa yang akan datang supaya syarikat anda boleh bersiap sedia dan paling utama sekali, bertindak sebelum mana-mana pesaing ketat.

Dalam satu laporan yang dilaporkan media tempatan The Star, pada April 2015, Malaysia mensasarkan sebanyak 1,500 saintis data menjelang tahun 2020. Hanya 1,500 dalam masa 5 tahun! Nampak tak betapa ‘rare’ kerjaya ini?

“Hanya ada 80 saintis data dalam industri analitik. Kami perlu capai sasaran 1,500 pekerja menjelang tahun 2020.

“Jika tidak, Malaysia akan jauh ketinggalan!,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Yasmin Mahmood.

Ketua Saintis Data Experfy, Jothi Periasamy pula berkata: ‘Sains data boleh mengubah pelbagai jenis data yang dikumpulkan kepada pandangan dan pengetahuan baru.

“Kami sudah memiliki teknologi untuk mentafsirkan data dengan kadar yang lebih pantas sekarang. Kami perlu ambil kesempatan.

Sumber: http://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2015/04/24/data-scientists-needed-to-make-sense-of-the-numbers/

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.