Gaya Hidup

“Bangun! Sampai bila nak jadi macam ni?”

Kata-kata ini merupakan kata-kata cikgu kepada Raniel Lee semasa di sekolah menengah membuatnya berusaha dalam pelajaran.

Raniel Lee ialah pemenang Anugerah Kepimpinan IT (IT Leader Awards) daripada Persatuan Komputer Singapura baru-baru ini pada usia 24 tahun. Anugerah yang dimenanginya ialah dalam kategori belia kerana telah mencipta perniagaan atas talian iaitu InspireArts dan Jobook.

Raniel Lee bukanlah kanak-kanak pintar semasa kecil dan pernah mendapat markah kosong untuk peperiksaannya. Semasa meninggal sekolah rendah (seperti UPSR di Malaysia) dia hanya mendapat markah 90 daripada 300 markah.
Orang sering mengejeknya “Kenapa awak ni bodoh sangat?” dan memberi komen yang tidak memberikannya semangat.

Semasa di sekolah menengah, dia mempelajari sendiri bagaimana untuk koding dan dilantik sebagai pengerusi kelab media di sekolah. Namun, dia terjebak dengan rakan yang tidak baik dan telah ditangkap kerana mencuri.
Di tingkatan tiga, cikgu sekolahnya telah melakukan luahan hati ke hati dan kata-katanya telah memberi inspirasinya untuk berusaha bagi masa depan dirinya.Persoalan cikgunya mudah… “Sudah sampai masanya awak bangun dan sedarkan diri. Adakah awak nak begini sampai bila-bila?”

Akhirnya Raniel Lee sedar dan bangkit untuk fokus dalam pelajaran dan akirnya melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi infokomunikasi di Institute of Technical Education dan perniagaan infomatik di Nanyang Polytechnic.

Pada tahun akhir, Raniel telah mencipta aplikasi Jobook, sebuah landasan untuk orang mencari pekerjaan dan mencari orang untuk bekerja.

Jadi, siapa kata tak pandai masa sekolah makna bodoh selamanya?

Jangan mudah putus asa okay…

Sumber: http://www.straitstimes.com/singapore/it-proves-to-be-a-great-leveller-for-youth

Tags
Show More

Related Articles