SukanTeknologi

Sukan Olimpik 2016 Disiarkan Dalam 8K Di Jepun

Olympics Broadcasting Services (OBS) mengumumkan bahawa liputan Sukan Olimpik 2016 di Rio akan disiarkan dalam kualiti 8K buat kali pertama dalam sejarah di Jepun.

Syarikat teknologi, Sharp muncul syarikat pertama melancarkan televisyen spesifikasi 8K bersaiz 85 inci yang dijual pada harga USD140,000 (RM575,267), Oktober lepas.

OBS mengesahkan bahwa siaran resolusi 7,680×4,320-pixel itu akan merakam aksi sebanyak 130 jam. Perbezaan ketara berbanding lebih 7,000 jam rakaman sebenar.

8KComparison

Selain itu, OBS turut mendedahkan bahawa hanya sukan renang, bolasepak, bola keranjang dan judo serta majlis pembukaan dan penutup akan disiarkan dalam kualiti 8K.

Persoalannya, berapa ramai orang akan memiliki televisyen 8K pada siaran tersebut Ogos ini? Sedangkan, peratus pemilik televisyen 4K pun tidak meyakinkan.

Biarpun satu pencapaian yang cukup mengagumkan, adakah ia menepati masa pada tahun 2016? Bayangkanlah kemajuan negar Jepun pada tahun 2020 apabila mereka menjadi tuan rumah Sukan Olimpik.

Sumber: http://www.cnet.com/news/8k-tv-broadcasting-coming-to-japan-during-2016-olympics/?

Tags
Show More

Related Articles