Sukan

FAM Senarai Pendek 5 Calon Logo Harimau Malaysia

Lebih daripada 2,000 orang menyertai Peraduan Mencipta Logo Harimau Malaysia dan ahli panelis Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memilih 5 logo untuk dicalonkan logo rasmi skuad kebangsaan. Apa pilihan anda?

FinalLogoharimau1
Sumber Gambar: fam.org

Bermula 3-29 Februari, peraduan ini akan ditentukan oleh peminat bolasepak Malaysia menerusi undian di laman web rasmi FAM.

Pemenang logo terbaik yang dipilih akan memenangi hadiah wang tunai RM10,000 manakala empat logo lain masing-masing akan menerima wang tunai RM2,500 setiap pemenang.

Peraduan ini diadakan bersempena pengumuman nama gelaran rasmi baharu skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaysia pada majlis yang berlangsung di ibu negara, 2 Februari 2016

Antara ahli penilai khas yang memilih 5 logo terbaik terdiri daripada

1. Dato’ Zainol Fadzi Paharudin (Naib Presiden FAM & Pengerusi Jawatankuasa Media & Perhubungan Awam)

2. Lazarus Jansen Xavier (Penolong Setiausaha Agung FAM)

3. Pn Siti Farah Diba Abd Ghani (Pengurus Besar Pemasaran Sukan & Perniagaan, Telekom Malaysia)

4. En Izhar Atan (Naib Presiden, Sportswriters Association of Malaysia)

5. En. Tan Kien Eng (CEO, Leo Burnett)

6. Assoc. Prof. Dr. Hj. Ruslan Rahim (Pensyarah Senior, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM)

Sumber: http://www.fam.org.my/news/panel-pilih-lima-logo-terbaik-harimau-malaysia

Tags
Show More

Related Articles