Sukan

ATLET OLAHRAGA NEGARA CURI TUMPUAN DI TERBUKA PAHANG

Saingan Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang tamat dua hari lepas dengan beberapa topik yang perlu dibincangkan membabitkan atlet harapan masa depan dan terkini.

Apa yang pasti, kaliber atlet olahraga menunjukkan bahawa mereka berpotensi besar namun mampukah mereka bersinar dikalangan atlet-atlet peringkat dunia yang lain?

Badrul Hisyam terus jadi bayangan Watson Nyambek

BadrulHisyam

Menjelang permulaan kejohanan tersebut, pelari sensasi negara Badrul Hisyam meyuarakan hasrat untuk meleburkan rekod kebangsaan yang masih kekal milik Watson Nyambek.

Untuk pengetahuan anda, Badrul melepasi rekod masa 10.30 saat ketika mencatat masa 10.29 saat dalam saingan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN di Brunei tahun lepas. Bagaimanapun, keputusan Badrul tidak diiktiraf oleh jawatakuasa yang berkenaa gara-gara penganjur tidak menyediakan alat pengukur angin mengikut spesifaksi kejohanan.

Kali ini, Biarpun membawa pulang satu lagi pingat emas, Badrul hanya mampu catat larian 10.34 saat di Pahang. Catatan itu juga perbharui remaha kebangsaan.

“Saya ada rasa sedikit kekejangan pada kaki saya dari permulaan namun saya berjaya mengawal larian saya sehingga garisan penamat.

“Kemudian, ada orang datang dan berkata ‘saya mahu tengok awak pecah rekod hari ini’, jadi itu memberi tekanan pada saya sekali gus mengganggu fokus saya. Apabila orang berkata seperti itu, minda saya akan berubah untuk mengejar rekod tetapi misi utama adalah memberi aksi terbaik sahaja,” kata Badrul.

Bagaimanapun, Badrul akui peluangnya ke Rio sudah terlepas, atlet remaja ini sasar buat kejutan hebat di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Jackie Wong perbaharui rekod kebangsaan

Jackie Wong

Dimana Badrul gagal, Jackie muncul pemenang ketika memperbaharui rekod kebangsaan sukan lontar tukul besi yang dimilikinya juga sebelum ini.

Catatann 64.50 meter adalah angka rekod kebangsaan baru selepas lontaran terbaiknya sebelum ini ialah 63.71 meter kali terakhir memecah rekod pada Kejohanan Olahraga Terbuka Filipina, Mac tahun lalu.

Jackie menjalani sesi latihan intensif sehingga hilang dari arena kompetitif buat sementara, namun ia nyata berbaloi apabila keputusan mengejutkan itu melepasi jangkaan Jackie dan jurulatihnya, Gu Yuan.

“Sebenarnya saya tidak meletakkan apa-apa sasaran pada hari ini kerana saya baru sahaja melakukan latihan intensif. Jadi, catatan hari ini mengejutkan dan adalah satu bonus bagi saya hari ini,” kata Jackie kepada Astro Arena.

“Gaya hidup Jackie tidak henti-henti kerana dia melakukan latihan dengan penuh, pada masa yang sama dia menyambung pembelajarannya di universiti. Hari ini, dia mencatat rekod kebangsaan baru dan saya sangat, sangat gembira untuk dia,” kata Gu Yuan selaku ketua jurulatih lontar tukul besi negara.
Irfan, Hakimi dan Hup Wei terus kejarkan slot Olimpik Rio

IrfanShamsuddin

Masa semakin suntuk namun impian ke Rio bagi tiga atlet sukan berbeza iaitu Irfan Shamsuddin, Hakimi Ismail dan Lee Hup Wei belum terkubur. Setiap atlet mempunyai sasaran tersendiri yang wajib dicapai demi menempah tiket ke Sukan Olimpik Rio, 5-21 Ogos tahun ini.

Bagi atlet lempar cakera, Irfan perlu melepasi rekodnya tersendiri iaitu 58m tatkala sasarannya terletak pada 65m untuk ke Rio.

“Sekarang ini saya baru lepas latihan berpusat….dari segi teknik serta lontaran, saya rasa kekuatan fizikal saya memang lebih baik dari sebelum ini,” katanya kepada Berita Harian.

Manakala hanya 14cm menjadi jurang antara atlet lompat jauh Hakimi dan penampilan di Rio. Begitu juga dengana tlet lompat tinggi Lee Hup Wei yang sedikit tersisih setelah dipinggirkan gara-gara kecederaan namun dia juga yakin mencapai sasaran 2.29 meter.

Tags
Show More

Related Articles