Gaya HidupKesihatan

6 Tanda Anda Kurang Minum Air

Semua orang tahu kepentingan air dalam tubuh badan seorang individu namun kita sering lupa melakukan apa yang diperlukan untuk diri sendiri. Kadangkala kita terlalu sibuk dengan perkara-perkara luar, sehingga meletakkan diri sendiri berdepan risiko pelbagai penyakit.

Teh, kopi dan minuman bertenaga tidak diambil kira sebagai air. Lebih lagi kopi mengandungi kafein yang boleh membuat badan terhidrasi!

Berikut adalah 6 tanda-tanda yang menunjukkan anda kekurangan air:

Urinal

1.Kekerapan buang air kecil

Menurut kajian, seorang individu yang sihat akan membuang air kecil sebanyak 6-7 kali sehari namun itu bergantung kepada setiap individu berlainan.

Ingat! Jika anda buang air kencing kurang daripada 2-3 kali sehari, kemungkinan besar anda kekurangan air. Kekurangan air dan buang air kencing akan menjejaskan status buah pinggang anda kerana ia perlu mengeluarkan kotoran daripada badan anda.

DrySkin

2.Kulit kering

Kulit anda juga perlukan air! Kulit yang kasar dan keras menunjukkan kekurangan air dan sekiranya anda cuba menyapu losyen tetapi tiada perubahan, pergi minum air!

Satu cawan air setiap satu jam secara konsisten akan mengembalikan kulit anda jadi lembut dan sihat semula.

Headache

3.Pening kepala

Adakah anda mengalami pening kepala dengan begitu mudah? Kadangkala kekurangan air dalam badan dan juga otak menyebabkan anda kurang seimbang ketika berjalan. Jika anda tidak mengalami kesakitan yang lain, cuba minum air yang lebih setiap hari.

DryMouth

4.Mulut kering

Jika anda sedar bahawa mulut anda sentiasa kering ataupun kelihatan putih dan berpecah-pecah, anda perlu minum air dengan segera.

Anda perlu rajin membawa satu botol air bersama anda setiap masa kerana mulut yang kering boleh mendatangkan beberapa penyakit mulut yang lain.

Urine+Colour+Chart

5.Warna kencing

Cara paling mudah untuk menilai tahap air dalam badan anda ialah melalui warna kencing anda. Warna yang putih atau jelas bermakna anda sihat tetapi kuning yang ketara atau kuning yang gelap menunjukkan anda keperluan air.

Hungry

6.Lapar

Tidak mustahil badan kita berasa lapar walaupun baru selesai makan besar. Namun, ini mungkin kerana badan sebenarnya dalam kehausan bukan kelaparan.

Sebelum anda tergesa-gesa mencari makanan, cuba minum sebotol atau secawan air, mungkin anda akan lebih berpuas hati.

Sumber: http://buzztache.com/8-signs-that-you-are-not-drinking-enough-water/?utm_source=FB&utm_medium=AK&utm_campaign=iKhan

Tags
Show More

Related Articles