Gaya Hidup

Di Sebalik GDex – Perkhidmatan Hantar Barang Bernilai Berbilion Ringgit

GDex adalah perkhidmatan penghantaran yang semakin meningkat naik dan dalam pasaran, syarikat tersebut adalah bernilai RM2.3bil, manakala Pos Malaysia yang menawarkan perkhidmatan yang sama hanya bernilai separuh dari syarikat GDex.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Ia berjaya mendapatkan pelabur luar negara dengan perkhidmatan e-dagang mereka.

Siapakah pemilik GDex?

  •  22.8% adalah milik Yamato Holdings Co Ltd dari Jepun

*Yamato ialah syarikat kiriman terbesar di Jepun dengan pasaran sebanyak 40% di Jepun

  • 11.2% adalah milik Singapore Post Ltd (SingPost)

*SingPost bergantung kepada syarikat e-dagang terkenal, AliBaba yang mempunyai saham dalam syarikat SingPost sebanyak 10.35%.

  • 36.17% adalah milik pengasasnya, Teong Teck Lean

Siapakah pengasas syarikat ini?

Teong Teck Lean ialah seorang jurutera tetapi telah menjadi seorang remisier. Teong telah membeli GDex pada tahun 2000 dan telah berjaya menyenaraikan syarikat itu dalam pasaran Mesdaq pada tahun 2005. Sekarang ini beliau sebagai Pengarah Urusan syarikat tersebut.

Pada tahun 2005, syarikat ini mempunyai 850 pekerja dengan 174 lori yang beroperasi. Kini mereka mempunyai 2,315 pekerja dengan 578 kenderaan bergerak.

Semasa baru beroperasi, Teong juga memandu lori dan menghantar barang yang perlu apabila kekurangan pekerja. Walaupun sekarang ia mempunyai ramai pekerja, Teong masih memantau aliran keluar masuk perkhidmatannya serta operasi syarikat supaya ia berjalan dengan lancar.

Kini perkhidmatan ini telah menelusuri pasaran sehingga Singapura dan Indonesia.

Pada laporan tahunan terkini, Teong berhasrat untuk menjadikan GDex sebagai perkhidmatan penghantaran terunggul di Asean.

– The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker