Gaya HidupKesihatan

Tiada Keturunan Kembar Boleh Juga Dapat Anak Kembar

Inginkan anak kembar?

Sumber Gambar: Instagram leialauren

 

Seperti yang diketahui ramai, jika keturunan anda mempunyai pasangan kembar, adalah tidak mustahil anda juga mendapatkan anak kembar.

Kajian saintifik mengatakan kadar kemungkinan anda mempunyai anak kembar ialah 2.5x berbanding orang yang tidak mempunyai keturunan kembar tetapi ianya diturunkan kepada wanita sahaja kerana kehamilan kembar terjadi akibat pembelahan sel telur pada wanita.

Kehamilan kembar terjadi pada 1 daripada 250 kehamilan dan peluang kehamilan kembar lebih besar terjadi pada perempuan usia 30-an atau 40-an akibat hormon yang tidak stabil.

Semasa wanita mengalami ovulasi, kemungkinan sel telur matang yang terlepas adalah lebih dari satu. Oleh itu, kehamilan kembar juga boleh terjadi  apabila seseorang itu tidak mempunyai keturunan kembar.

Ada juga yang mengambil ubat penyubur atau hormon untuk mendapatkan anak kembar. Jika ada yang mengambil ubat subur, kemungkinan seseorang itu hamil anak kembar boleh meningkat sehingga 10%.

Kadar kemungkinan untuk seseorang mendapatkan anak kembar juga ialah apabila kitaran ovulasinya disuntik dengan gonadotropin, iaitu hormon yang merangsang atau menstimulasi fungsi ovari untuk menjadikan wanita tersebut lebih subur.

Suntikan penyubur seperti: klomifen sitrat atau pergonal juga digunakan untuk meningkatkan kemungkinan mendapatkan kehamilan kembar lebih dari dua bayi.

Walau bagaimanapun, usaha seperti suntikan hormon ini tidak dijamin berhasil 100%. Semuanya juga adalah ketentuan Illahi.

Sumber: kompas.com
Tags
Show More

Related Articles