KesihatanMakan & Minum

Makan Telur Mentah.. Baik atau Tidak?

Telur mentah dimakan begitu sahaja tu sebenarnya bagus ke tak?

Kalau orang yang nak bina badan tu selalunya akan makan telur mentah kerana telur mengandungi banyak nutrisi seperti protein, karbohidrat, kalsium, asid amino, vitamin, biotin, fosforus, kalium, magnesium, zat besi dan banyak lagi.

boiled-eggs_625x373_61447752948
Sumber Gambar: foodndtv.com

Namun, rupanya makan telur mentah ni lebih dari kandungan protein yang tinggi. Berikut adalah kebaikan apabila makan telur mentah:-

1. Terhindar dari lemak dan kolesterol jahat
Beberapa kajian menunjukkan bahawa telur mentah mengandungi kandungan kolesterol yang rendah. Selain itu telur mentah mengandung nutrisi seperti lesitin yang baik untuk kesihatan jantung.

2. Mencegah kanser
Nutrisi yang ada di dalam kuning telur mentah seperti triptofan dan tirosin baik untuk mencegah kanser.

3. Meningkatkan mood Anda
Triptofan yang ada di dalam kuning telur mampu meningkatkan suasana hati seseorang. Sementara itu tirosin dalam kuning telur mampu mengintegrasikan hormon dopamine dan norepinephrine yang mampu membuat Anda lebih waspada.

4. Mencegah dari katarak
Penyakit yang mengganggu kesihatan mata pada masa tua seperti katarak dapat dihindarkan dengan mengonsumsi telur mentah. Hal ini disebabkan kuning telur kaya dengan lutein dan zeaxanthin, zat anti oksidan yang baik untuk kesihatan mata.

5. Membuat tubuh lebih kuat
Para atlet bina badan secara teratur mengonsumsi telur mentah sebab telur mampu meningkatkan kesihatan otot dan membuat tubuh mereka lebih kuat.

6. Meningkatkan kesihatan paru-paru
Makan telur mentah dapat membantu meningkatkan kesihatan paru-paru manusia terutama bagi mereka yang menderita emphysema atau kerosakan paru-paru akibat merokok.

Rupa-rupanya makan telur mentah baik untuk kesihatan Anda secara keseluruhan. Namun perlulah anda makan telur yang organik dan segar.

Sumber: magforwomen.com.

Show More

Related Articles