Gaya HidupKesihatan

5 Perkara Yang Kita Semua Lakukan Untuk Melindungi Diri Kita Daripada Kuman – Yang Tidak Berkesan Langsung

Menurut Philip Tiermo, Ph.D., Profesor Mikrobiologi dan patologi di NYU Sekolah Perubatan, ada beberapa tips-tips yang kita guna untuk melindungi diri daripada kuman yang mungkin atau langsung tidak memberi sebarang kesan langsung.

 

309709

Menggunakan Kaki Anda untuk flush tandas

Melainkan anda boleh memikirkan cara lain untuk membuka dan mengunci pintu bilik air – zon utama kuman, tanpa perlu menggunakan tangan anda, fikir sebaliknya. Dengan menggunakan tisu untuk masuk dan keluar dari tandas boleh membantu, tetapi cara yang terbaik adalah untuk mencuci dengan teliti tangan anda dengan sabun dan air suam selepas ‘melabur’, dan menggunakan tuala kertas atau siku anda untuk keluar dari tandas.

 

Untitled

Menahan Nafas Anda Apabila Seseorang Bersin

“Melainkan anda boleh menahan nafas anda untuk masa yang lama, ini tidak akan membantu,” kata Tierno, ini kerana kuman-kuman itu boleh berada di udara dalam masa yang lama.

 

blonde-woman-drinking-bottle-of-water

Mengelap Bekas Minuman Yang Dikongsi

 Tips ini hanya 50-50 sahaja keberkesanannya. “”Ia agak membantu, kerana anda mengurangkan beberapa rembesan air liur di situ, tetapi tiada apa-apa yang boleh membuktikan ini sepenuhnya,” kata Tierno.

 

0621f0110fb6868f06f53d7dddfd2a1b

Memakai Sarung Tangan Untuk Menggunakan ATM

 Kuman akan berpindah ke sarung tangan anda dan bukan jari anda … buat sementara waktu sahaja. Sebaik sahaja anda menggunakan tangan anda untuk menarik sarung tangan itu tadi (atau menyentuh sarung tangan anda ke muka anda), anda akan dijangkiti kuman-kuman itu kembali, kata Tierno.

 

squatty-potty-3

Tidak Bersentuhan Dengan Mangkuk Tandas

Siapa yang mahu meletakkan punggungnya di tempat yang sama lebih ribuan orang telah letak? Tetapi, dengan melakukan demikian tidak akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat jangkitan, kata Tierno.

 

Kesimpulannya, strategi yang terbaik untuk mengelak daripada kuman adalah dengan mencuci tangan anda, menggunakan sanitizer tangan, pastikan tangan anda jauh dari mata, hidung, dan mulut, dan jauhi pelaku kuman sniffly.

 

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/health/germ-prevention-that-doesnt-work

Show More

Related Articles