Sukan

Pahang, Felda Ikut Jejak Selangor, Kelantan Tersingkir

Keputusan akhir pusingan ketiga Piala FA 2016 menyaksikan Selangor, Kelantan, Pahang dan Felda United antara wakil Liga Super yang tersingkir daripada kejohanan kalah mati itu.

Juara tahun 2014, Pahang diaibkan 1-0 oleh pencabar Liga Perdana, Sime Darby di halaman sendiri apabila Syed Sobri Syed Mohammad berjaya menanduk masuk sepakan penjuru Mohd Rafizi Hamdan pada minit ke-6.

Keputusan itu merupakan kekalahan keempat buat skuad Tok Gajah dalam enam perlawanan secara keseluruhan musim ini. Kemenangan pusingan kedua lawan T-Team kekal sebagai kemenangan sulung Pahang tahun ini.

Sementara itu, Felda United gagal memanfaatkan jaringan awal Francis Forkey Doe di tempat lawan sekali gus membenarkan PKNS FC meledak tiga gol dalam tempoh 20 minit untuk meraih kemeangan besar ke atas anak buah Irfan Bakti.

Jaringan lewat Hadin Azman memberangsangkan tetapi gagal beri inspirasi kepada skuad The Fighters untuk menyelamatkan keputusan. Keputusan akhir PKNS FC 3-2 Felda United.

Keputusan perlawanan lain menyaksikan Kuala Lumpur menang 2-0 lawan Perlis, Sabah menang 2-1 lawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Perak menang 1-0 lawan Kuantan FA.

Keputusan malam ini mengejutkan tatkala jadual perlawanan semalam menyaksikan Selangor tunduk 2-1 lawan PDRM dan Kelantan tewas 1-1 (5-4 menerus penentuan penalti) manakala Johor Darul Ta’zim (JDT) menang besar 4-1 lawan Negeri Sembilan.

Apa yang pasti, aksi dramatik tidak dapat dipisahkan dengan saingan Piala FA tahun ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker