Kesihatan

Mitos & Fakta: Gigi Bongsu, Sakitnya!

Gigi bongsu adalah gigi geraham besar kekal ketiga (terakhir) yang akan tumbuh di bahagian kiri dan kanan rahang paling belakang sekali. Tumbuhnya gigi ini sinonim dengan rasa sakit yang amat sangat! Ada yang sampai demam, ada yang tak boleh makan dan minum dan ada yang sampai tak boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa. Di sini kami akan mengupaskan beberapa mitos dan fakta tentang gigi bongsu ini.

 

Wisdom-Teeth-Surgery1

Mitos: Gigi bongsu perlu sentiasa dibuang
Fakta: Gigi bongsu tidak selalunya akan mengundang kesakitan apabila mereka tumbuh. Malah, anda tidak perlu mengeluarkannya jika mereka sihat dan tumbuh dengan selaras dan betul.

 

Old-Man-Has-Tooth-Ache

Mitos: Gigi bongsu akan tumbuh apabila gigi dewasa yang lain tumbuh
Fakta: Gigi bongsu tidak akan tumbuh sehingga anda berumur 17-25 tahun. Tetapi itu hanya jika mereka tumbuh, kerana kira-kira seramai 35 peratus daripada kita tidak tumbuh gigi bongsu!

 

472-shakes.jpg

Mitos: Aiskrim dan Milkshake bagus bagi mereka yang baru lepas mencabut gigi bongsu.
Fakta: Mitos ini benar! Disebabkan mereka lembut dan sejuk menjadikannya lebih mudah untuk ditelan dan membantu melegakan kesakitan dan bengkak. Walau bagaimanapun, jangan menggunakan straw kerana sedutan itu boleh merosakkan hasil pembedahan tadi.

 

wisdom-teeth-removal

Mitos: Ia adalah lebih baik untuk membuang gigi bongsu sebelum memulakan rawatan ortodontik.
Fakta: Ianya berbeza bagi kes-kes yang berlainan. Terdapat beberapa kebimbangan bahawa gigi bongsu boleh menyebabkan gigi lain untuk bergerak, dengan itu menghalang kesan-kesan rawatan. Kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa ini adalah jarang berlaku. Walau bagaimanapun, faktor-faktor lain boleh terjadi – jadi ia sentiasa penting untuk berbincang dengan doktor gigi anda.

 

487463044_XS

Mitos: Anda boleh tahu jika anda mempunyai gigi bongsu
Fakta: Dengan tidak dapat melihat gigi bongsu anda, tidak bermakna mereka tiada di situ. Ini kerana gigi bongsu boleh tersorok dalam tisu lembut atau tulang rahang. Oleh itu, sinar-x perlu diambil oleh doktor gigi anda untuk mendedahkan apa-apa gigi tersembunyi, serta apa-apa masalah yang mungkin berlaku jika ia tumbuh.

 

Jadi, ingat! Jika anda belum mempunyainya lagi atau rasa seperti ia mahu tumbuh, ingat untuk bertanya kepada doktor gigi anda!

 
Sumber: http://blog.zocdoc.com/wisdom-teeth-myths-vs-facts/ , http://www.mmgazette.com/aduh-gigi-bongsu-dr-husan-razak/

Show More

Related Articles