Sukan

LAUNGAN TMJ DIDENGAR SELURUH DUNIA

Penaung diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim kelihatan sibuk baru-baru ini demi memartabatkan kuasa dan nama Johor Darul Ta’zim (JDT) di seluruh dunia.

Baginda kotakan janjinya iaitu ‘berada selangkah dihadapan pasukan lain’ dan ‘lain daripada yang lain’ ketika bekerja keras untuk menjalinkan kerjasama bersama kuasa-kuasa Eropah seperti Borussia Dortmund dari Jerman, Paris Saint-Germain dari Perancis, Barcelona dan Valencia dari Sepanyol serta menciptakan persahabatan baru dengan beberapa tonggak utama Liga Perdana Inggeris.

Bukan sahaja beri tumpuan kepada Asia, tatkala mejuarai saingan Piala AFC tahun lepas serta mengambil bahagian dalam kelayakan Liga Juara-Juara Asia tahun ini.  Luaskan Kuasamu Johor!
Antara foto-foto menarik kunjungan TMJ di seluruh Eropah:

TMJGNEV

TMJ bermakan malam bersama Ketua Jurulatih Valencia, Gary Neville dan penolongnya, Phil Neville. Kedua-dua warga Inggeris ini merupakan lagenda Manchester United ketika meraih kemenangan treble pada tahun 1992.

TMJBarca

TMJ bersama presiden FC Barcelona, Josep Maria Bartomeu ketika kunjungannya ke stadium Nou Camp serta akademi akar umbi terkenal ‘La Masia’. Siapa tidak kenal FC Barcelona yang pernah dibarisi pemain hebat seperti Lionel Messi, Ronaldinho, Thiery Henry, Xavi Hernandez, Carles Puyol dan Ronaldo.

TMJBDort

TMJ bersama Ketua Program Akar Umbi Borussia Dortmund,  Edwin Boekamp yang bertanggungjawab mengasaskan pelan tindakan anak muda kelab itu. Borussia Dortmund merupakan salah satu kuasa besar di Jerman yang boleh dianggap halangan utama buat Bayern Munich setiap tahun secara konsisten.

TMJPSG

TMJ bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi. PSG menguasai Liga Perancis selaku juara tiga kali berturut-turut sejak ketibaan Nasser.

TMJMourinho

TMJ bersama bekas pengendali Chelsea, Real Madrid dan Inter Milan, Jose Mourinho. Diberi jolokan ‘The Special One’, Mourinho dianggap sebagai tiga jurulatih terbaik dunia. Siapa boleh lupa persaingan ketat beliau bersama Sir Alex Ferguson?

 

Kredit Imej: Laman Facebook Johor Southern Tigers

Tags
Show More

Related Articles