Sukan

‘KIEN KEAT-BOON HEONG MASIH DIPERLUKAN’

Itu luahan pemain No.2 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang bakal menghadapi saingan Piala Thomas terakhir dalam kariernya Mei ini.

Menurut laporan Bernama, Chong Wei berpendapat pengalaman menerusi barisan paling senior adalah kunci kemenangan Malaysia tahun ini.

Setakat ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum mengumumkan senarai atlet yang akan mewakili pasukan Malaysia namun nama Lee Chong Wei dan prospek terbaru, Iskandar Zulkarnain pasti tersenarai.

“Kita perlukan barisan terkuat, pemain profesional yang terbukti berwibawa wajar dipertimbangkan.

“BAM belum umumkan lagi senarai skuad Piala Thomas negara. Saya harap pasukan itu nanti akan dapat buat yang lebih baik. Mungkin ini adalah penampilan terakhir saya di Piala Thomas,”

Bagaimanapun, atlet-atlet yang bakal harungi cabaran Piala Thomas perlulah dipilih berdasarkan merit dan prestasi terkini terlebih dahulu.

“Saya rasa BAM mungkin akan beri peluang kepada mereka. Kita perlu ada pasukan yang kuat. Tetapi mereka juga perlu menunjukkan prestasi terbaik. Bagi saya, sesiapa sahaja (dalam BAM ataupun tidak) layak beraksi untuk negara, yang penting mereka perlu buktikan kemampuan mereka,” katanya.

Malaysia muncul naib juara Piala Thomas edisi 2014 selepas tewas kepada Jepun 3-2 di New Delhi, India.

Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/sp/newssports.php?id=1222099

 

Tags
Show More

Related Articles