Gaya Hidup

6 Cara Untuk Memberhentikan Gangguan Selepas Pulang Dari Kerja

Pernah atau tidak anda alami situasi dimana anda telah menghabiskan masa yang panjang di tempat kerja dan apabila pulang ke rumah, anda masih tidak dapat melupakan semua kerja-kerja yang tertangguh di pejabat? Telefon anda ketika itu seperti tidak dapat dipisahkan dari tangan anda.

Anda tidak perlu risau, kerana ada cara untuk membaiki tabiat ini. Pakar Pengurusan tekanan, Neil Shah telah berkongsi beberapa tip utama beliau untuk memberhentikan semua gangguan itu.

 

reading-in-bed

Padamkan Kesemua Gajet
Padamkan kesemua jenis alat elektrik yang anda miliki. TV tidak sepatutnya dipasang di dalam bilik tidur kerana ia adalah tempat untuk tidur.

 

what-happens-to-your-body-when-you-use-mobile-phones-before-bedtime

Jangan Membawa Telefon Di Bilik Tidur
Telefon bimbit dan tablet harus diletakkan di bilik lain selain daripada bilik tidur! Berapa ramai daripada kita yang melihat telefonnya sebelum tidur dan setelah bangun dari tidur?

 

breath__large

Fikir Tentang Pernafasan Anda
Sentiasa sedar dengan pernafasan anda – cuba baring di atas sofa dan perhatikan bentuk pernafasan anda. Lakukan latihan pernafasan sekali-sekala.

 

relaxing-with-cup-of-tea-and-book

Elakkan Kafein Pada Waktu Malam
Kurangkan atau elakkan teh dan kopi terutama pada waktu malam kerana ia boleh mengganggu proses tidur anda. Sebaliknya cuba minum secawan susu panas atau teh yang tiada kafein.

 

167688-feb14_relaxafterwork

Cuba Latihan Yoga
Selitkan beberapa sesi yoga setiap minggu bagi meningkatkan kesedaran minda-badan dan dapat membantu mengekalkan tahap tekanan badan anda kepada tahap yang lebih minimum.

 

Relaxing in jacuzzi

Cari Ketenangan Anda
Menulis jurnal, membaca, menarik nafas yang panjang, mendengar muzik yang menenangkan atau mendapatkan urutan kaki. Kuncinya adalah untuk mencari sesuatu perkara yang boleh menenangkan anda dan mengurangkan tekanan dan pemikiran negatif yang lain.

 

Semoga dengan tips-tips ini anda akan lebih tenang dan tidur anda akan lebih nyenyak dan selesa!
Sumber: http://www.standard.co.uk/lifestyle/health/6-ways-to-switch-off-when-you-get-home-after-work-a3192641.html

Show More

Related Articles