Gaya Hidup

6 Cara Untuk Lebih Tenang Selepas Pulang Dari Kerja

Pernah atau tidak anda alami situasi di mana anda telah menghabiskan masa yang panjang di tempat kerja dan apabila pulang ke rumah, anda masih tidak dapat melupakan semua kerja-kerja yang tertangguh di pejabat? Telefon anda ketika itu seperti tidak dapat dipisahkan dari tangan anda.

Anda tidak perlu risau, kerana ada cara untuk membaiki tabiat ini. Pakar Pengurusan tekanan, Neil Shah telah berkongsi beberapa tip utama beliau untuk memberhentikan semua gangguan itu.

  1. Padamkan Kesemua Gajet

    Padamkan kesemua jenis alat elektronik yang anda miliki.

2. Jangan Membawa Telefon Ke Bilik Tidur

Telefon bimbit dan tablet harus diletakkan di bilik lain selain daripada bilik tidur! Berapa ramai daripada kita yang melihat telefonnya sebelum tidur dan setelah bangun dari tidur?

3. Fikir Tentang Pernafasan Anda

Sentiasa sedar dengan pernafasan anda – cuba baring di atas sofa dan perhatikan bentuk pernafasan anda. Lakukan latihan pernafasan sekali-sekala.

4. Elakkan Kafein Pada Waktu Malam

Kurangkan atau elakkan teh dan kopi terutama pada waktu malam kerana ia boleh mengganggu proses tidur anda. Sebaliknya cuba minum secawan susu panas atau teh yang tiada kafein.

5. Cuba Latihan Yoga Atau Senaman

Selitkan beberapa sesi yoga setiap minggu bagi meningkatkan kesedaran minda-badan dan dapat membantu mengekalkan tahap tekanan badan anda kepada tahap yang lebih minimum.

6. Cari Ketenangan Anda

Menulis jurnal, membaca, menarik nafas yang panjang, mendengar muzik yang menenangkan atau mendapatkan urutan kaki. Kuncinya adalah untuk mencari sesuatu perkara yang boleh menenangkan anda dan mengurangkan tekanan dan pemikiran negatif yang lain.

Semoga dengan tips-tips ini anda akan lebih tenang dan tidur anda akan lebih nyenyak dan selesa!

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker