Tempatan

10 Kenderaan Musnah Dalam Kebakaran Bengkel

KUCHING: Lebih 10 kenderaan musnah selepas kebakaran yang berlaku di sebuah bengkel kereta di Kampung Gita awal pagi semalam.

Kejadian itu disedari oleh seorang pekerja yang menginap dipremis tersebut apabila beliau terbangun pada pukul 3 pagi dan melihat struktur kayu terbakar dan segera melarikan diri ke tempat yang lebih selamat.

Kakitangan dari stesen Padungan Petra Jaya telah dihantar ke tempat kejadian untuk mengawal kebakaran itu selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 3:12 pagi, dan mengambil masa kira-kira selama 30 minit untuk mengawal keadaan

Kebakaran itu telah memusnahkan bengkel itu ke tanah dan juga menyebabkan 10 kereta yang telah dihantar ke bengkel untuk dibaiki, terbakar bersamanya.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih disiasat.

Jumlah kerugian yang dialami oleh pemilik masih belum dapat dipastikan.

 

 

Sumber: http://www.theborneopost.com/2016/03/05/10-vehicles-destroyed-in-workshop-fire/

Show More

Related Articles