Kesihatan

Selamatkan Nyawa Dengan Menderma Darah

KUCHING: “Anda tidak perlu menjadi seorang doktor untuk menyelamatkan nyawa lain. Dermalah darah – Ianya selamat, mudah dan dapat menyelamatkan ramai nyawa”, adalah slogan baru yang diguna oleh Bulan Sabit Merah Malaysia bagi kempen derma darah ‘Pameran Pendidikan Antarabangsa Borneo Post’.

Jurucakap bagi persatuan itu mengucapkan terima kasih kepada penderma darah kerana usaha mereka yang telah meredah hujan lebat dan banjir yang melanda Bandar Kuching baru-baru ini telah berjaya mengumpul sebanyak 87 pain darah.

Dengan kempen derma darah ini, Bulan Sabit Merah Stampin komited untuk menyelamatkan lebih ramai nyawa kelak.

Kempen ini selain daripada dapat membangunkan hubungan silaturrahim, ia juga bagi memberi galakan kepada sukarelawan muda untuk menganjurkan kempen derma darah, belajar tentang gaya hidup sihat, dan menderma darah
Sumber: http://www.theborneopost.com/2016/03/04/save-lives-by-donating-blood/

Show More

Related Articles