Kesihatan

Sakit di punggung sehingga belakang peha? Apakah punca dan rawatannya?

Oleh Mohd Fadzli Matusin

Ketegangan pada otot piriformis di punggung sehingga belakang peha anda adalah berpunca daripada sakit saraf skiatik.

piriformis-muscle-syndrome

Masalah ini sering dihadapi oleh orang yang bekerja di pejabat. Masalah ini dipanggil sebagai sindrom piriformis.

5995274

Mengapa masalah ini dikaitkan dengan pekerja di pejabat??

Masalah ini boleh berpunca apabila kita sering duduk lama dalam satu posisi, ia menyebabkan otot piriformis menjadi tegang disebabkan berlaku kecederaan pada saluran darah dipanggil sebagai ‘vascular ischemic’. Ini disebabkan kita memberi tekanan pada saluran darah di sekitar punggung semasa duduk. Jika berlaku masalah perdaran darah pada otot ia akan menyebabkan otot menjadi tegang.

Sciatica-Pain

Masalah ini juga sering dikaitkan dengan mereka yang sering meletakkan dompet pada poket sebelah belakang seluar.

Apakah gejala sindrom piriformis?

  1. Sakit pada bahagian punggung
  2. Rasa kebas pada sebelah kaki
  3. Rasa tegang pada otot kaki punggung dan belakang
  4. Sukar untuk berjalan diebabkan rasa tegang pada otot kaki dan punggung
  5. Sakit juga dirasa semasa naik tangga disebabkan kita memberi tekanan pada otot piriformis.
  6. Sukar untuk bangun selepas duduk lama disebabkan sakit dan ketegangan otot.

Jika anda mengalami masalah ini sila berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan.

 Kebiasaannya pakar perubatan akan memberi beberapa rawatan seperti ubat dan rawatan alternatif seperti fisioterapi atau chiropratic.

Biasanya rawatan seperti regangan pada otot dan saraf dapat membantu mengatasi masalah ini.

*Mohd Fadzli Matusin seorang ahli fisioterapi yang berkelulusan Diploma dalam Physiotherapy (Mal) dan Bsc (Hons) Physiotherapy (UK), Beliau berpengalaman selama 4 tahun dalam bidang fisioterapi dan ‘chiropractic’ dan telah melalui ‘advance clinical training’ di Kovai Medical Centre & Hospital Coimbatore India dalam bidang ortopedik dan pemulihan neurologi.

Show More

Related Articles

Check Also

Close