Tempatan

Mufti Johor Antara Tetamu Pertama Pesawat Peribadi Sultan Johor

Kapal terbang peribadi Sultan Johor Boeing 737 yang telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dari Amerika Syarikat pada hari Isnin lalu  akan ke Tanah Suci Mekah bersama Pegawai atasan Majlis Agama Islam Negeri Johor termasuk Mufti  Datuk Tahrir Shamsudin dan Timbalan Mufti, Datuk Yahya Ahmad.

Sultan Ibrahim, 57, memiliki lesen kapal terbang berkata kapal terbangnya digunakan untuk mempromosikan Negeri Johor.

Sumber Gambar: Malaysian Digest

Kapal terbang milik Sultan Ibrahim ini boleh membawa 25  sehingga 30 orang dan dilengkapi dengan ruang makan, bilik tidur, bilik mandi dan 3 galeri. Ia juga dihiasi dengan ayat alQuran bertatahkan emas.

ttt
Sumber Gambar: Malaysian Digest

Di luar kapal terbang tersebut tertulis kalimah Allah berwarna biru dan perkataan ‘Johor’ dalam Jawi tertulis di bahagian tepi kapal terbang bersebelahan bendera negeri Johor.

Sumber Gambar: Malaysian Digest

Kapal terbang Boeing ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dengan masa 18 bulan untuk mengubahsuaikannya seperti yang keinginan Sultan Ibrahim.

Sumber: http://malaysiandigest.com/frontpage/282-main-tile/598272-exclusive-with-pics-state-religious-officials-first-to-be-invited-by-johor-sultan-onboard-his-new-boeing-jet.html

Show More

Related Articles