Antarabangsa

Kampung Di India Dihuni Oleh Nama-Nama Pelik

Sebuah kampung, yang terletak di rantau Karnataka India yang merupakan penempatan kepada masyarakat puak Hakki Pikki yang telah menamakan anak-anak mereka bersempena objek rawak, orang dan tempat.

Hasilnya adalah terdapat nama-nama tidak masuk akal yang terdiri daripada ‘Tentera’, ‘Glukosa’ , ‘English’, ‘Congress’ dan ‘High Court’. Nama-nama pelik yang lain termasuk ‘One By Two’, ‘British’ serta mengambil gelaran berasaskan undang-undang seperti ‘Supreme Court’.

Terdapat juga penduduk kampung yang dinamakan bersempena negara-negara seperti Jepun dan Amerika.

 Menurut KM Metri daripada Jabatan Pengajian Puak di Universiti Hampi, suku ini yang pada asalnya tinggal di dalam hutan dan menamakan anak-anak mereka selepas perkara semula jadi yang berlaku di sekeliling mereka.

“Berikutan kegawatan politik dan perubahan dalam rejim, mereka tidak perlu lagi berpindah di pelbagai daerah di India Selatan,” katanya. “Pada abad ke-20, sekumpulan penjenayah membuatkan suku tersebut mahu menyembunyikan identiti mereka. Mereka mula memberikan anak-anak mereka nama-nama pelik seperti Pistol, British dan lain-lain”

“Mereka bertutur dalam bahasa yang unik yang tidak mempunyai skrip. Jadi anak-anak mereka tidak mempunyai pendidikan yang berkaitan dengan budaya mereka. Dan sistem pendidikan moden tidak dapat memahami mereka. Ini adalah sebab mengapa kita lihat kebanyakan keciciran berlaku dalam masyarakat kaum tersebut. Pelbagai Akta, termasuk Akta Hutan telah menghadkan kemasukan mereka ke dalam hutan. Mereka berjuang dan kehilangan amalan budaya mereka.”

Sumber: unexplained-mysteries.com

Show More

Related Articles