Tempatan

Ahli Parlimen Kehilangan Sepucuk Pistol & RM 30,000

KUCHING: Pistol dan wang sebanyak RM30,000 milik seorang ahli Parlimen telah dicuri selepas mereka berjaya memecah masuk ke dalam trak pikap di Batu 3 petang semalam.

Ahli Parlimen itu telah meninggalkan pistol dan wang tunai tersebut di dalam trak pikapnya yang diparkir di ruang letak kereta sebuah lot kedai dan apabila kembali ke sana, beliau mendapati tingkap di bahagian penumpang hadapan telah dipecahkan.

Seorang saksi kemudian memberitahu polis bahawa dia ternampak dua orang lelaki menaiki motosikal Modenas hijau berkelakuan mencurigakan di kedai aksesori auto yang berhampiran, hanya sebelum kejadian itu berlaku.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, dua orang penjenayah itu melarikan diri dengan sebuah beg yang mengandungi pistol serta sampul surat dengan RM 30,000 di dalamnya.

“Pembonceng motosikal itu menghampiri trak pikap yang dihalang oleh kenderaan lain, dan dilihat berlari kembali kepada rakannya tidak kurang daripada satu minit kemudian sebelum kedua-duanya memecut dari tempat kejadian,” kata Ng.

Ujar beliau lagi, saksi menyatakan bahawa suspek itu kemungkinan berketurunan Cina berdasarkan ciri-ciri mereka dan kelihatan berusia dalam lingkungan 30-an.

Sumber:http://www.theborneopost.com/2016/03/04/mp-loses-pistol-and-rm30000-cash/

Show More

Related Articles