Kesihatan

Anda & Masalah Kemurungan Yang Berat

desktop-1443468263

Kebelakangan ini, kematian atau kes bunuh diri disebabkan masalah kemurungan hampir menjadi satu kebiasaan. Masalah kemurungan yang berat adalah keadaan kesihatan mental yang berkait dengan mood yang rendah. Ia juga dikenali sebagai gangguan kemurungan atau kemurungan klinikal iaitu penyakit mental yang berkaitan dengan perasaan progresif dan sukar dikawal mood rendah atau rasa putus asa yang meraka alami.

Menurut Dr. Amer Siddiq Amer Nordin seorang pensyarah kanan di Jabatan Perubatan Psikologi, Universiti Malaya, perkara yang membezakan antara kemurungan dengan tekanan yang biasa ini adalah kemurungan akan dirasai setiap hari dan akan berterusan selama berminggu-minggu.

depressed-woman-at-breakfast

Antara simptom progresif masalah kemurungan ini adalah:

1. Perasaan tertekan atau marah sepanjang hari, hampir setiap hari (cth: berasa sedih atau kekosongan, kelihatan seperti sedang menangis)
2. Kurang minat terhadap kebanyakan aktiviti, hampir setiap hari
3. Perubahan berat badan yang ketara (5%) atau perubahan dalam selera makan
4. Perubahan dalam tidur: Insomnia atau penat
5. Perubahan dalam aktiviti: Pergolakan psikomotor atau terencat
6. Keletihan atau kehilangan tenaga
7. Rasa bersalah / tidak berguna yang berlebihan
8. Tumpuan: kurang upaya untuk berfikir atau menumpukan perhatian
9. Cenderung untuk membunuh diri

Seseorang itu disahkan mempunyai kemurungan klinikal jika mereka memenuhi dua minggu atau lebih dengan gejala progresif (disenaraikan di atas) yang mencukupi untuk menyebabkan kesedihan dan kemerosotan dalam kehidupan harian.

Namun begitu, apakah penyebabnya? Antara faktor-faktor masalah ini adalah faktor genetik, mereka pernah mengalami pengalaman yang memeritkan, peristiwa-peristiwa hidup yang negatif (pernah dibuli) dan ketidakseimbangan bahan kimia tertentu dalam otak yang dipanggil neurotransmiter.

shutterstock-psychtherapy
Masalah ini dapat di atasi walaupun ianya agak sukar pada mulanya. Apa yang anda perlu pastikan adalah masalah kemurungan ini perlu diiktiraf dan disahkan sebelum dapat diberikan rawatan.

Rawatan yang diberi perlu bergantung kepada tahap kemurungan mereka, sama ada untuk memilih terapi prikoterapi atau ubat-ubatan. Kebiasaanya, bagi kes-kes yang teruk, kedua-dua jenis rawatan akan diberikan. Rawatan berdasarkan ubat-ubatan adalah selamat dan berkesan daripada tidak mendapatkan apa-apa rawatan langsung.

Kesimpulannya, jika anda rasa bahawa anda atau mereka yang rapat dengan anda mungkin mempunyai beberapa simptom-simptom tersebut untuk tempoh yang agak lama, ia mungkin masanya untuk membuat temu janji dengan doktor pakar bagi mendapatkan bantuan yang sepatutnya.

Sumber: http://www.mmgazette.com/major-depression-and-you-dr-amer-siddiq/

Show More

Related Articles