AntarabangsaTeknologi

REUBEN PAUL: GENIUS SIBER SEKURITI

Berasal dari Austin, Texas, Reuben Paul adalah seorang pelajar Harmony School of Science pada waktu pagi dan menjadi jelmaan Steve Jobs pada waktu malam. Jika anda mewakil sektor IT dan Komputer, semestinya anda tahu Reuben Paul adalah satu nama yang patut digeruni dalam industri sekuriti siber.

Berikut adalah 8 fakta mengenai Reuben Paul, peneraju kanak-kanak dalam industri teknologi:

1. Pada usia 9 tahun, Reuben mempunyai ketinggian 4 kaki 5 inci (132cm) dan beratnya, 54 paun (25 kg).

2. Selain mempamerkan aksi ‘hacking’ yang luar biasa, Reuben juga menjalani latihan Kung Fu, Gimnastik dan Renang dalam masa lapangnya.

3. Reuben memulakan kariernya sejak Darjah Dua. Guru matapelajarannya meminta pelajar reka satu permainan berpendidikan, Reuben mencipta aplikasi ‘Shuriken Math’ yang bantu pelajar lebih memahami matematik menerusi senjata Ninja iaitu shuriken.

Reuben2

4. Reuben sudah memberi ucapan keynote di pelbagai persidangan sekuriti siber di seluruh dunia.

PrudentGames

5. Itu kerana Reuben juga memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam syarikatnya, Prudent Games.

ReubenPaulFam

6. Bapanya, Mano Paul, juga seorang CEO di SecuRisk Solutions yang fokus kepada latihan sekuriti, kaunseling dan penciptaan produk adat (custom).

7. Biarpun memiliki bakat untuk melakukan jenayah, Reuben mempamerkan bakat ‘hacking’ dengan harapan orang awam akan sentiasa waspada ancama jenayah siber.

Conference

8. Reuben mempunyai satu misi peribadi. Dia mahu generasi baru mengikut jejaknya dan terjun ke dalam dunia sekuriti siber pada usia muda.

Tags
Show More

Related Articles