Antarabangsa

Air Koryo: Syarikat Penerbangan Paling Teruk Di Dunia

Pernahkah anda dengar nama ‘Air Koryo? Air Koryo merupakan sebuah syarikat penerbangan dari Korea Utara dan sudah bertahun-tahun memegang gelaran.

‘Syarikat Penerbangan Paling Teruk Dunia’.

Syarikat tersebut dimiliki oleh kerajaan Korea Utara dan merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang diberi nilai satu bintang berdasarkan ‘Skytrax’, laman web penilaian syarikat penerbangan sedunia.

Dilancarkan pada September, 1955, Air Koryo hanya berkunjung ke empat destinasi di seluruh dunia iaitu Shanghai, Beijing, Shenyang di China dan Vladivistok, Rusia.
Selain itu, Air Koryo masih menggunakan pesawat sejak era Soviet lagi!

Namun, semestinya ada kebaikan juga… Air Koryo menawarkan antara perkhidmatan penerbangan yang paling selamat dalam dunia, tiada kemalangan mahupun kematian sejak 30 tahun lalu. Selain itu, Air Koryo sentiasa menepati masa dan tidak pernah terlebih tempahan.

Saksikan video yang menerangkan lagi mengenai perkhidmatan, makanan dan pengalaman secara keseluruhan bersama Air Koryo:

Tags
Show More

Related Articles