Sukan

Adiq lakar sejarah baru, raih jersi Pelumba Terbaik Asia

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Adiq Husainie Othman melakar namanya dalam sejarah Le Tour de Langkawi (LTdL) apabila menjadi pelumba basikal kedua dari Malaysia untuk memenangi sehelai jersi apatah lagi jersi putih bagi kategori Pelumba Terbaik Asia.

Adiq yang mula menyarung jersi putih itu sejak peringkat ketiga mempamer kayuhan konsisten sepanjang baki enam peringkat.

Malah rakan sepasukannya turut memberi bantuan sebaik mungkin agar dia tidak kehilangan jersi berkenaan pada peringkat terakhir dari Batu Pahat menuju ke Melaka pada Rabu sekaligus menyaksikan Adiq menamatkan peringkat ini selaku pelumba terbaik tempatan.

Dia mengekalkan jersi putih dengan mengumpul catatan keseluruhan 28 jam, 32 minit dan 31 saat, mengatasi pelumba Asian Racing, Ito Masakazu serta Zhao Jingbao daripada pasukan Hengxiang.

Dia turut menjadi pelumba terbaik tempatan keseluruhan di hadapan rakan sepasukan, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki serta Sofian Nabil Omar yang mewakili MSN-Mycron.

Jelas Adiq, dia menjadikan kejayaan Anuar Manan yang pernah merangkul jersi raja pecut pada beberapa edisi sebelum ini sebagai inspirasi.

”Anuar mendapat jersi raja pecut pada tahun 2010 dan kini saya memenangi jersi putih. Saya harap dalam masa depan, saya dan Anuar dapat menyarung jersi bersama.

Setelah tamatnya edisi LTdL kali ini, dua pelumba tempatan dinobatkan pelumba terbaik, Adeq Husainie dan Amirul Fakhruddin. kedua-dua pelumba bersama dengan pasukan Terengganu Cycling Team

Selain Adiq dan Amirul, pelumba prolifik negara Anuar Manan pula menduduki tempat ke-43 selepas bertarung lebih dua jam

Tags
Show More

Related Articles