Sukan

Kurang Modal, Petronas Setia Bersama F1

Krisis yang dialami Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan syarikat-syarikat minyak dunia yang lain bukanlah satu rahsia, namun syarikat minyak negara itu telah mengumumkan bahawa ia akan terus mewarnai perlumbaan Formula Satu (F1).

Berita terkini memaklumkan bahawa PETRONAS bakal menggugurkan sebanyak 1,000 pekerja serta mengurangkan perbelanjaan modalnya berikutan harga rendah minyak mentah.

Bagaimanapun, “F1 adalah antara inisiatif penjenamaan kami. Itu pengakuan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin yang menyifatkan ia bukan satu persoalan buat masa sekarang tatkala masih terikat dengan pasukannya sehingga hujung tahun depan.

“Kami masih ada perjanjian dengan pasukan AMG Mercedes sehingga 2017. Komitmen itu masih kekal dan tiada perubahan dalam strategi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Untuk rekod, Mercedes mendapat tajaan Petronas sejak tahun 2009.

Namun persoalan itu pasti timbul semula tahun depan gara-gara harga minyak sedunia menurun dengan drastik. Apakah pendapat anda mengenai masa depan PETRONAS dan syarikat-syarikat minyak dunia yang lain?

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/129471

Tags
Show More

Related Articles