AntarabangsaTeknologi

Kereta Pandu Sendiri Google Langgar Bas

Mungkin ia memang satu fakta tetapi ia dibuktikan sekali lagi bahawa manusia tidak boleh meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada komputer atau teknologi.

Biarpun masih dalam proses pembikinan, kereta pandu sendiri Google ataupun ‘Google Car’ telah melanggar sebuah bas ketika menjalani sebuah eksperimen di jalan raya. Untuk pengetahuan anda, sudah bertahun-tahun sejak Google Car memulakan ujian jalan raya dan kereta tersebut sudah melepasi 1.4 juta batu (2.25 juta kilometer) menurut laporan.

Bagi setiap ujian Google Car terdapat seorang ‘test driver’ dalam kenderaan tersebut. Berikut adalah kenyataan rasmi Google yang dipetik daripada Wall Street Journal.

“Test-Driver kami sedar bahawa ada sebuah bas pada cerminnya dan dia jangkakan bas tersebut akan mengurangkan kelajuan ataupun berhenti supaya kereta Google tersebut boleh masuk ke lorong jalan raya dan tiada pelanggaran berlaku.”

“Malangnya, jangkaan dan kesilapan ini menyebabkan kedua-dua kenderaan bertembung di lorong yang sama. Kejadian seperti ini berlaku setiap hari pada manusia biasa,”

Dikhabarkan Google Car yang terlibat merupakan jalinan kerjasama dengan Lexus. Mungkin ia satu kesilapan yang harus berlaku demi penambahbaikkan masa depan, namun kami haruslah mematuhi segala peraturan jalan raya dan bertanggungjawab ke atas apa-apa kejadian.

Sumber: http://www.bbc.com/news/technology-35692845

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker