Teknologi

Kayu Selfie Macbook?

Inilah definisi ‘melampau’! Bukan mahu kritik dengan sengaja tetapi bukankah produk seperti ini lebih membebankan daripada membantu penggunanya?

Lebih sukar untuk percaya, produk yang kurang stabil ini dikatakan semakin popular di New York, Amerika Syarikat. Ingat penduduk Asia sahaja yang menggilakan produk selfie?

Bagaimanapun, kayu selfie ini, yang secara tidak mengejutkan dapat nama ‘The MacBook Selfie Stick’, pasti menarik perhatian orang ramai dan sebenarnya dibuat menggunakan bahan yang agak mantap walaupun kurang seimbang (bukan semua MacBook ringan!).

MacbookSelfieStick

Budaya selfie semakin merebak di seluruh dunia dan beberapa taman tema, muzium dan bangunan bersejarah sudah mengharamkan budaya tersebut apatah lagi dengan kegunaan komputer riba kali ini.

Mungkin ia dicipta sebagai satu projek lawak ataupun satu alat yang serius? Apapun, itulah trend pada masa ini…

Sumber: http://www.cnet.com/news/macbook-selfie-stick-may-be-the-most-obnoxious-yet/#ftag=CAD590a51e

Tags
Show More

Related Articles