Tempatan

Belon Udara Panas Dan Putrajaya Tidak Boleh Dipisahkan

Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya kembali buat kali ke-8 bulan ini! Kali ini, saksikan sebanyak 20 belon udara panas ataupun rasainya sendiri! Anda juga berpeluang mendekati dan meneroka proses belon udara panas secara keseluruhan.

Acara tiga hari ini akan bermula dari 11-13 Mac turut dilengkapi dengan pelbagai jenis aktiviti seperti Zon Hijau bagi peminat Sukan Ekstrem dan Zon Kuning bagi peminat Bazaar membeli-belah.

Antara aktiviti-aktiviti lain ialah ruang berkelah, sarapan pagi eksklusif dan semestinya persembahan lagu serta keindahan melepaskan udara belon panas berlampu pada waktu malam.

Tiket adalah ‘PERCUMA’ tetapi hanya untuk zon-zon luar dari ruang belon udara panas yang terletak di Zon Biru:

HABprice

HABlayout

Jangan terlepas peluang hebat ini di Monumen Alaf Baru Precinct 2. Putrajaya, Malaysia.

Sumber: http://myballoonfiesta.com/

Tags
Show More

Related Articles