Teknologi

XIAOMI MI5: LAYAK DIGELAR ‘THE BUDGET BEAST’

Masih ada baki 10 bulan dalam tahun 2016 namun kehadiran Xiaomi sudah mula dirasai pengguna telefon pintar di seluruh asia.

Ciptaan terbaru syarikat itu iaitu Xiaomi Mi5 dan Mi5 PRO pasti meletakkannya sebagai peneraju pasaran di China. Atas kertas, ia boleh dianggap sebagai telefon pintar paling berkuasa pada masa yang sama, anda tidak akan percaya dengan harganya yang nyata mampu dimiliki.

Persamaan Mi5 dan Mi5 PRO:

Resolusi Paparan: 1080p (1920 x 1080 Pixel)
Prosesor, GPU dan Sistem: Snapdragon 820, Adreno 530 GPU, Android Marshmallow 6.0

Kamera: 16 megapixel (aperture f/2.0) dan kamera selfie 4 megapixel (aperture f/2.0) wide-angle
Pengesahan cap jari: Terletak di bahagian tepi peranti
Slot/Kabel USB Type-C: Kepala kabel fleksibel, penghantaran data lebih efisyen dan mampu caj bateri dengan lebih pantas.

Merujuk kepada senarai di atas, kehadiran prosesor Snapdragon 820 menjadikan Xiaomi Mi5/Mi5 PRO antara peranti pertama yang memiliki prosesor terbaru dan terhebat ini. Selain itu, sistem Android Marshmallow 6.0 juga merupakan sistem terkini manakala kemunculan pengesahan cap jari dan USB Type-C membuktikan Xiaomi sudah mengamalkan trend terbaru tahun ini.

Perbezaan Mi5 dan Mi5 PRO:

Saiz Paparan: Mi5 – 5.1 inci| Mi5 Pro – 5.7 inci
Memori dan RAM: Mi5 – 32GB memori, 3GB RAM | Mi5 PRO – 128GB, 4GB RAM

Harga: Mi5 – USD260 (RM1097.10) | Mi5 PRO USD360 (RM1519.06)

Semestinya, harga itu memainkan peranan yang amat penting dalam keputusan anda! Selain itu, mungkin faktor ‘Made in China’ akan memberi impak tersendiri tetapi pengeluar telefon pintar China seperti Huawei, OPPO, OnePlus dan kini Xiaomi membuktikan mereka berada di landasan tepat.

Peringatan:

Harga: Harga peranti boleh dijaminkan jauh lebih murah daripada Apple atau Samsung, tetapi harga sebenar akan didedahkan sekali dengan tarikh pelancaran dunia iaitu 1 Mac, 2016.

Sistem Operasi (OS): Kehadiran sistem Android 6.0 Marshmallow memajukan peranti ini, bagaimanapun anda seharusnya perlu sesuaikan diri dengan OS daripad China. Tidak bermaksud ia kurang ampuh, cuma ia mungkin satu pengalaman yang berbeza jika anda menggunakan peranti Samsung sebelum ini.

Kontrak/Tanpa Kontrak: Diharapkan peranti ini mendapat sambutan daripada syarikat telekomunikasi di Malaysia seperti Maxis, Digi, Celcom dan lain-lain. Tahun lepas, hanya Maxis dan Celcom menjual peranti Xiaomi dengan kontrak.

Sumber: http://www.ecumenicalnews.com/article/xiaomi-mi-5-release-date-specs-news-latest-flagship-makes-surprise-appearance-at-mwc-2016/38825.htm

Tags
Show More

Related Articles