Antarabangsa

Tolak Lamaran Cinta, Penjual Popiah Ditikam

HARBOURFRONT WALK: Cinta itu boleh membunuh dan itu dibuktikan di Singapura apabila seorang penjual popiah ditikam oleh seorang lelaki waraga tua yang berusia 67 tahun kerana dia disyaki mempunyai seorang teman lelaki simpanan.

Menurut rakan sekerja Cik Amin (penjual popiah), dia sudah lama diikuti dan diganggu oleh warga tua tidak bernama itu yang dikatakan berminat dengan Cik Amin. Namun, tolakan lamaran daripada Cik Amin menyebabkan suspek bertindak ekstrem sehingga menikam Cik Amin dua kali.

“Cik Amin tidak minat dengan dia kerana dia tua dan kelihatan seperti akan mati tidak lama lagi.” menurut kenyataan rakan sekerja, Cik Yuliana.

“Dia (suspek) kata dia ke gerai kami kerana hidangan popiahnya kekurangan sos cili tetapi ketika saya menoleh ke belakang, dia mengeluarkan pisau daripada kocek seluarnya dan menikamCik Amin.

Dikhabarkan suspek berjalan keluar dari gerai tersebut manakala orang awam tidak berani menghalang perjalanannya kerana masih memegang pisau tersebut. Kemudian, anggota polis yang tidak bertugas dan isterinya menahan suspek sekali gus memastikan Cik Amin tidak cedera parah.

Buat masa ini, Cik Amin mendapat rawatan di Singapore General Hospital.

Sumber: http://www.allsingaporestuff.com/article/67-yr-old-man-stabs-lady-popiah-seller-rejecting-his-love-proposal

Tags
Show More

Related Articles