Hiburan

Shawn Mendes: Pakai Baju Sama Tetapi Lagu Unik Dan Berbeza

Jika anda peminat bakat muda, pasti anda ‘streaming’ video dia di YouTube sehingga menyedari penyanyi 17 tahun itu sentiasa memakai baju dalam kelabu yang sama! Bukan sahaja untuk video lagu, temu bual dan persembahan live lain juga!

Bagaimanapun, tidak dinafikan pada usia 17 tahun, Shawn merupakan salah satu artis yang berbakat sejak menyertai jelajah bintang pop/country Taylor Swift di seluruh Amerika Utara.

Berasal dari Canada, Shawn Mendes ikut jejak Justin Bieber, Avril Lavigne, Michael Buble, The Weeknd dalam perjalanan ke Amerika Syarikat demi keindahan industri muzik tempatan.

Namun perjalanan Shawn sehingga hari ini bermula dengan sedikit perbezaan. Tahukah anda, beliau mula-mula mendapat perhatian ketika menyanyi lagu di aplikasi Vine?! Bukan senang untuk mendapatkan populariti melalu video enam saat! Tetapi, beliau terus memperjuangkan cita-citanya sehingga menjadi ahli muzik ketiga paling popular di Vine pada tahun 2013.

Shawn melancarkan album pertamanya, ‘Handwritten’ pada tahun 2014 dan single pertamanya ‘Stitches’ kini sudah ditonton sebanyak 271,853,885 kali sejak dikeluarkan hanya lapan bulan lalu.

Selepas kejayaan lagu itu, Shawn berganding dengan salah satu ahli kumpulan wanita, Fifth Harmony iaitu Camilla Cabello untuk menghasilkan ‘I Know What You Did Last Summer’ dan kombinasi mereka membuahkan hasil sekali gus satu kisah cinta dimulakan juga.

Kejayaannya bukan sahaja dirasai di Amerika Syarikat, namun mendapat sambutan baik di England juga. ‘Stitches’ berada dalam carta UK selama 17 minggu sebelum diundi lagu No.1 negara. Hanya lagu ‘Thinking Out Loud’ oleh Ed Sheeran melepasi tempoh itu setelah menduduki carta selama 19 minggu.

Apabila ditanya, siapakah artis yang anda ingin contohi? Shawn mendedahkan John Mayer, Ed Sheeran, Justin Timberlake dan Bruno Mars sebagai artis kegemarannya.

Tags
Show More

Related Articles

Check Also

Close